5 lelaki ambil masa 8 hari jalan kaki dari Makkah ke Madinah ikut laluan Hijrah Rasulullah SAW

Oleh KIM SYAZIE

Lima lelaki muslim dari Britain berjaya berjalan kaki dari Makkah ke Madinah mengikut laluan yang digunakan Rasulullah SAW semasa hijrah pada tahun 622 Masihi

Mereka mengambil masa selama 185 jam (hampir 8 hari) untuk berjalan sejauh 547 kilometer (km) dari Makkah ke Madinah.

“Mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad SAW adalah seperti hidup dan berjalan bersamanya, kami belajar banyak tentangnya, dan cinta kami kepadanya telah berlipat kali ganda.” kata Rashid Ali.

Satu video dimuat naik di Twitter @ilmfeed menunjukkan orang Arab menyambut lima lelaki tersebut dengan paluan kompang, suasana juga kelihatan sangat meriah seperti meraikan sambutan orang besar.

Tidak hanya itu, dua daripada lima lelaki tersebut pernah mencipta sejarah kerana berbasikal untuk ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun 2017.

Rashid Ali dan Abdul Hannan mengambil masa selama tujuh minggu untuk berbasikal sejauh 5,000 km dari London hingga ke Kota Makkah.

Ambil masa 8 hari jalan kaki dari Makkah ke Madinah, 5 lelaki muslim ikut laluan Nabi Muhammad SAW semasa Hijrah
Laluan Hijrah Nabi Muhammad SAW

Sebelum ini terdapat pengkaji sejarah dan aktivis alam sekitar Arab Saudi telah berjaya menjejaki semula perjalanan yang menyelamatkan diri Baginda dan seterusnya memberi berimpɑk dalam penyebɑrɑn agama Islɑm itu.

Ia memerlukan masa selama lapan hari untuk pasukan tersebut menjelajah dengan hanya berjalan kaki dan menggunakan unta.

Penjelajahan itu terpaksa melalui jalan seperti gunung dan padang pasir, iaitu seperti perjalanan Nabi ketika cuba ‘melοlοskꭤn’ diri.

Perjalan lebih 500 km itu dikatakan sangat sukar dan berbahaya buat mereka.

Baca juga: Viktor Axelsen tarik diri, penonton negara seberang kecewa tak dapat cuci mata