Balu kepada Suhaimi Saad, Ina Naim sah menjadi isteri kepada Mohd. Khairul Rizal Shukor dengan sekali lafaz sahaja semalam.
Sebagai balu, Ina dilihat mementingkan anak-anaknya untuk mempunyai figura bapa agar ada yang dapat membantunya membesarkan mereka.
Bukan senang, Ina mendakwa dia mengambil masa lebih sebulan untuk yakinkan empat anak agar dia dapat bernikah semula lapor Kosmo.
“Mulanya (anak-anak) agak tidak boleh terima sebab terlalu awal dan mereka tidak boleh ada ganti bapa. Namun saya jelaskan, mereka perlu belajar, mereka perlu ada ketua.
“Dalam sebulan dua juga yakinkan anak, alhamdulillah,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Dalam pada itu, Ina mendedahkan suaminya itu juga adalah peminat dia dan arwah suaminya sebelum ini.
“Detik pertemuan, dia (suami) peminat saya dan arwah. Permulaan memang lama dapat terima sebab saya rasa terlalu awal tapi Allah sudah takdirkan.
“Saya solat istikharah dan dapati dia mungkin dari pilihan hati saya, itu saya terima seadanya. Isnin lepas sudah setahun genap arwah suami meninggal mengikut bulan Islam.
“Dari kisah Nabi Muhammad ada yang kematian suami habis idah dan dilamar, jadinya saya alhamdulillah Allah bagi jodoh mudah-mudahan berkat dunia akhirat,” tambahnya.
Mohd Khairul kemudian berkongsi cara perkenalan bersama Ina adalah melalui mesej pada Mei lalu untuk urusan profiling anak-anak Ina.
“Saya sangat tertarik arwah Suhaimi dan Ina macam mana mereka homeschooling. Jadi, saya buat profiling untuk anak-anak dan saya buat beberapa proposal (kertas kerja) untuk mereka.
“Maksudnya macam mana anak-anak dapat meneruskan pembelajaran dan Ina sangat berminat,” jelas Mohd. Khairul.
Baca juga: Tular video Aprena Manrose tidak berhijab, ini respon Iwan sebagai bapa