“Anak aku lari dari rumah sebab aku dan suami tak bagi kerja, siapa nak jaga adik-adik kalau dia sibuk”

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu bapa perlu sedar tugas menjaga anak-anak kecil bukanlah tugas anak yang lebih dewasa, mereka ada hak untuk menolak.

Apatah lagi di saat mereka seusianya sudah sibuk bekerja tapi anak dipaksa untuk kekal berada di rumah untuk bantu menguruskan adik-adik lain.

Seorang wanita, Magenta (bukan nama sebenar) tidak berpuas hati dengan sikap anaknya yang tidak mahu membantu dirinya dan suami menguruskan hal rumah.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku ada masalah besar dengan anak nombor dua aku. Aku ada lima orang anak, tiga dah dewasa, dua masih lagi remaja di sekolah menengah.

Masalah aku dengan anak nombor dua aku ni, dia ni perempuan. Aku namakan dia Pink (bukan nama sebenar).

Dicepatkan cerita aku and suami hampir kawin selama 30 tahun dan Pink pun membesar, menjadi seorang gadis.

Dah tamat belajar dengan keputusan memuaskan, umur hampir 27 tahun. Lepas habis belajar, dia lari rumah sebab aku dan suami tak bagi dia kerja.

Masa belajar pun Pink mintak izin kerja separuh masa. Tentulah aku tak bagi. Suami kerja kerajaan kot. Aku pun kerja gaji besar.

Lepastu Pink cari biasiswa and dapat alhamdulillah. Kami berhentilah bagi duit. Tapi Pink banyak kali cakap tu bukan biasiswa tu pinjaman je.

Tapi dia dah tak pernah minta duit kami lepastu. Tapi kadang-kadang ada la bagi RM100 ke RM200 setiap kali balik cuti semester. Pink kata lepas habis belajar dia kena bayar balik.

Lepas graduasi, Pink dapat tawaran kerja daripada pensyarah dia tapi suami tak bagi.

Yelah aku dan suami nak pergi haji umrah, pergi mana apa semua dia lah kena jaga adik-adik dia. Plus, Pink la kena tolong aku buat kerja-kerja rumah time aku kerja.

Masa dia belajar aku penat jaga keluarga ni apa salahnya dia tolong pun. Memang tak kenang budi and derhaka bagi aku sebab lari rumah. Tingal macam tu je tak fikir kami langsung.

Bila tak kerja nak minta-minta aku dan suami beli macam-macam. Sekali dua je la bagi kadang tak bagi langsung.

Skincare la bodycare la, walhal shampoo sabun apa semua kan ada. Tapi Pink ni lain daripada gadis-gadis sebaya dia.

Pink ni senang cakap tak cantik, tapi sibuk nak beli macam-macam. Aku and hubby tak bagilah.

Make-up pun tak, bergaya pun tak. Dia asal boleh je. Macam tomboy pun ada. Dia bersih kemas tapi tak menarik pun.

Aku ni tak ada lah kejam sangat. Kadang-kadang bagi je baju baru, tudung baru untuk dia tapi dia pakai sekali dua je lepastu dah tak pakai.

Baju dan tudung lama aku pun aku bagi tapi dia pakai sekali dua je. kadang tak pakai langsung. Macam tak bersyukur and tak hargai.

Lari rumah

Dah berapa bulan Pink ni lari rumah, aku buat dia serba salah sampai dia balik. Masa dia balik, dia kata dia dah kerja kat tempat dia lari tu.

Dia kata dia janji bulan-bulan dia akan balik. Walaupun aku tau jauh dan penat dia pulak kerja asyik OT. Keluar pagi balik malam tapi janji tetap janji kan.

Lepastu, kerja gaji pun takat RM3k je. Bagi kat aku dan suami RM200 sorang sebulan. Apa lah sangat ciput camtu, Kalau RM2k ke tak apa juga nak bagi.

Tak lama lepastu kantoi bila abang aku, pakcik dia, melawat dekat area rumah sewa dia, dia kerja part time sampai pagi.

Masa-masa ni pula Pink pun ada cakap dia ada hasrat nak berkahwin. Baru habis belajar dan kerja sekejap nak kahwin.

Memang aku tak bagilah. Suamiada bagitau, boyfriend Pink ada mesej dia nak berkenalan. Suami aku abaikan je mesej boyfriend Pink tu.

Pasal kerja part time tu, abang aku agak marah and terkejutlah. Dah ada kerja kenapa kerja part time lagi. Pink kata time cuti kerja biasa, dia kerja situ. Geram la aku.

Paksa berhenti kerja

Masa dia balik aku dan suami paksa dia berhenti semua kerja dan aku carikan dia kerja lain kat rumah siap-siap. Dia kata dia boleh berhenti tapi dia tak nak kerja aku carikan.

Memang taklah aku bagi. Susah-susah aku carikan tak nak pula. Nasib baik dia dengar cakap. Dia berhenti kerja, Lepas balik, dia terus kerja kat tempat aku carikan pula.

Lepastu dia buat masalah lagi. Pink ni tahan dua minggu je. Kemudian mula tak datang. Lepastu aku carikan lagi kerja lain, dia lepas interview tapi dia tak pergi jugak.

Pink kata dia dapat tawaran kerja kerajaan kat tempat kat area dia kerja dulu. Aku dan suami tak bagilah. Dah lah jauh, balik sebulan sekali.

Lepastu dah dekat empat tahun dia mengangggur. Duduk rumah saja, tak buat apa. Setakat buat kerja rumah. Aku suruh buat affiliate dia kata ya, tapi tak buat-buat.

Aku suruh mohon sana sini siap hantar link macam-macam lagi, dia diam je. Duit memang aku bagi empat atau lima bulan RM100 kadang-kadangla untuk dia beli apa dia nak.

Kadang tu pun dia tak nak tapi paksa juga dia ambil. Yela tak nak lah nampak kejam sangat dengan dia.

Tu pun kadang tak bagi juga. Yelah tak kerja kan. Sepupu-sepupu dia, anak-anak kawan aku semua even lagi muda kerja korporat, beli tanah, beli emas. Dia? Duduk je bilik dalam rumah. Dia ada berjinak-jinak buat kuih.

Aku suruh dia jual. Macam biasa dia kata ya tapi tak buat-buat. Aku pun dah tak tau nak buat and cakap apa lagi dah.

Aku kadang abaikan si Pink ni dan kadang tak tegur dia sampai berbulan-bulan walaupun duduk serumah.

Dia pun asyik duduk bilik je, walaupun dia buat kerja-kerja rumah. Habis masak, masuk bilik.

Habis sapu, masuk bilik. Habis lipat baju, masuk bilik. Dia tak ada lah buat muka atau apa-apa tapi dia tak tegur aku, buat apa aku tegur dia.

Time raya lagilah tiap-tiap tahun selamba je cakap bila orang tanya kerja apa dia kata duduk rumah je sambil cari kerja.

Tapi aku tau dia tipu. Dia tak cari pun. Sekadar jadi pemanis mulut berbual dengan orang je sampai aku pula yang buntu.

Baca juga: “Aku makin bijak lepas 5 tahun berkahwin, nekad berhenti menagih kasih ibu mentua”