Bukan senang nak tepis godaan luar, tidak kira lelaki mahupun perempuan, artis atau orang biasa.
Buat penyanyi Datuk Jamal Abdillah, hingga kini dia masih berdepan godaan wanita lain namun memilih untuk setia dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.
Di usia 65 tahun ini, Jamal mengakui meletakkan fokus untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa lapor Kosmo! Online.
“Memang masih ada sahaja yang minat dekat saya, tetapi apabila ada wujud unsur sebegitu (godaan), saya akan tunduk dan terus jalan balik rumah.
“Saya selalu elakkan dan tak nak fikirkan tentang hal itu kerana dalam fikiran sudah sentiasa tanamkan bahawa saya adalah seorang suami serta bapa.
“Anak pun dah nak masuk lima orang. Cukuplah buat perkara yang menyusahkan anak-anak. Saya pun dah tua, mahu tenang,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Sudah bercerai tiga kali sebelum ini, Jamal menganggap ia adalah sebahagian proses kehidupan selepas disoal mengenai penceraian yang berlaku dalam kalangan artis.
“Kita buat apa yang kita perlu buat dan dah rancang, selebihnya biar Allah yang tentukan, begitu juga dengan rumah tangga artis.
“Saya tak ikuti perkara itu (berita perceraian selebriti), tetapi yakin mereka juga melalui proses kehidupan, kena tempuh jugalah. Kita berbalik kepada ketentuan Allah,” ujarnya.
Baca juga: Ini respon Vivy Yusof selepas digesa jelaskan isu kerugian pelaburan Khazanah dan PNB