Kes yang pernah menggemparkan Malaysia di saat telefon bimbit bukanlah satu kemudahan dan segala berita hanya dapat diketahu melalui surat khabar dan berita di kaca televisyen.
Kes seorang anak ‘Datuk’ yang merogol dan meliwat eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap berhampiran Kelab Cinta Sayang, Kedah lapor Buletin TV3.
Kes yang berlaku pada tahun 2006 itu akhirnya memperlihat pesalah kekal ke tali gantung sebaik Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas banduan akhir itu.
PUTRAJAYA: Pembunuh kejam yang merogol dan meliwat eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap berhampiran Kelab Cinta Sayang, Kedah pada 2006 kekal ke tali gantung sebaik Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas banduan akhir itu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais memutuskan demikian secara sebulat suara menolak permohonan pemohon, Shahril Jaafar, 43, yang juga anak seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
Mahkamah berpendapat, fakta kes yang membawa kepada kematian mangsa adalah luar biasa kerana membabitkan kejadian rogol dan liwat yang dilakukan pada waktu siang di kawasan awam yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat.
“Kami mengulangi, walaupun mahkamah mempunyai belas kasihan terhadap pemohon, panel ini berpandangan fakta kes luar biasa kerana membabitkan keganasan yang menimbulkan kekecohan umum.
“Mahkamah tidak terikat dengan pandangan umum, bagaimanapun kami tidak boleh mengendahkannya, oleh itu permohonan ini ditolak dan hukuman mati dikekalkan,” katanya.
Seorang pengguna X tampil menjelaskan bahawa pesalah tersebut pernah dua kali terlepas dan sempat menetap di Australia.
“Kes ni sangat menakutkan dan berprofil tinggi. Sebab perogol ni anak Datuk. Masa tu aku baru umur 11 tahun tapi aku ingat kes ni.
“Perogol dua kali terlepas. Sekali, dia larikan diri ke Australia. Kali kedua, hakim kata dia tak bersalah. Ayah mangsa nak terjun bangunan mahkamah sebab tak dapat terima kenyataan.
“Lepas tu, ayah mangsa merayu ke sana sini minta kes dibuka semula. Mendiang Karpal Singh yang tolong buka semula.
“Second time trial, baru didedahkan DNA 100% milik perogol. Mak bapak perogol didakwa tolong lupuskan bahan bukti. Mak ayah dia buang pisau dan bapak dia jual kereta yang dipakai untuk pembunuhan tu,” ujarnya.
Baca juga: Takut diguling pembangkang, Najib dakwa simpan ‘derma’ Arab untuk kecemasan