Tindakan seorang gadis yang ‘menayang’ gaya hidup mewahnya di laman media sosial mengundang padah apabila bapanya dipanggil untuk disoal siasat.
Pengguna media sosial mulanya hairan bagaimana remaja itu mampu membeli pakaian, beg serta kasut yang berjenama di usia muda.
Salah seorang pemilik akaun Twitter kemudian mendedahkan bahawa bapa gadis itu bukanlah seorang jutawan tetapi ketua jabatan kerajaan.
Mula tular dan mendapat perhatian rakyat, Kementerian Kewangan Indonesia kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu sedang ‘diusut’.
Bapa gadis itu, Andhi Pramono sedang menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Kastam dan Cukai di daerah Makassar, Indonesia.
Melalui video anaknya, Andhi diduga memiliki rumah mewah di kawasan eksklusif selain mampu berbelanja di luar kemampuannya.
Media negara seberang melaporkan, atas desakan orang ramai, Kementerian Kewangan ‘terpaksa’ memeriksa pemilikan harta Andhi.
Pemeriksaan oleh kementerian itu didedahkan oleh Ketua Pejabat Wilayah Kastam dan Cukai daerah Sulawesi bahagian Selatan, Nugroho Wahyu Widodo.
“Hari ini berangkat (ke Jakarta), tadi pagi ada mesyuarat koordinasi (intenal). Agenda (di Jakarta) belum tahu,” ujarnya semalam.
Baca juga: Ditahan reman kerana buat laporan polis palsu, penolong pengurus dakwa diri dipukau