Pastinya luluh hati seorang ibu yang beriman apabila anak sendiri meluahkan kemahuan untuk murtad.
Tidak mahu anaknya keluar agama Islam, wanita itu mencari pelbagai cara untuk memujuk anaknya.
Menurut NegaraMerdeka, kisah ini diceritakan oleh pendakwah terkenal, Imam Muda Hassan.
Ibunya berjumpa dengan seorang professor di universiti tempat anaknya belajar dan menceritakan tindakan drastik yang ingin dibuat oleh anaknya itu.
Setelah menceritakan perkara itu, profesor tersebut bertanya kepada ibu itu,“Adakah puan pernah buat ibadah korban untuk anak puan?”
Ibu tersebut menjawab tidak pernah.
“Puan buatlah korban untuk anak puan, kemudian niatkan kepada Allah, jika korban itu diterima oleh Allah.
“Maka bantulah anak puan untuk perteguhkan imannya supaya tidak lagi berniat untuk murtad,” kata profesor itu.
Setelah mendengar nasihat tersebut, si ibu terus melaksanakan ibadah korban dan beberapa bulan selepas itu anaknya memaklumkan keputusan untuk tidak murtad.
Murtad adalah orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat.
Baca juga: Bapa ada ketumbuhan, keluarga ‘berumah’ dalam Wira kerana tak mampu bayar sewa