‘Anak muda kalau ditahan sangat, nanti dengan kita dia langgar’

Oleh ARIF ATAN

Perbalahan sesama sendiri adalah sebahagian daripada resam dunia politik.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata, keletah anak muda berpolitik kadangkala tidak boleh diuruskan menerusi pendekatan campur tangan.

Menurutnya, keletah anak muda berpolitik kadangkala tidak boleh diuruskan menerusi pendekatan campur tangan.

“Bila MUDA meletakkan calon, ia menjadi satu rentak perbalahan yang berpaksikan anak muda dan berlaku sesama mereka.

“Jadi saya orang tua, kena ambil pendekatan nak tengok apa kebarangkalian yang boleh dilakukan. Anak muda ini kalau kita nak tahan sangat pun tidak boleh, nanti dengan kita dia langgarnya.

“Jadi saya harap berikan ruang untuk berbincang sesama mereka, sebab mereka anak muda.

“Sekarang ini keadaan pilihan raya, masing-masing ada hujah, justeru orang putih kata, ‘let it be like that’ (biarkan ia sedemikian). Nanti kita akan sampai ke penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata apabila MUDA meletakkan calon, ia menjadi satu rentak perbalahan sesama mereka.

“Jadi saya orang tua, kena ambil pendekatan nak tengok apa kebarangkalian yang boleh dilakukan. Anak muda ini kalau kita nak tahan sangat pun tidak boleh, nanti dengan kita dia langgarnya.

“Jadi saya harap berikan ruang untuk berbincang sesama mereka, sebab mereka anak muda.

“Sekarang ini keadaan pilihan raya, masing-masing ada hujah, justeru orang putih kata, ‘let it be like that’ (biarkan ia sedemikian). Nanti kita akan sampai ke penyelesaian,” katanya.

'Anak muda kalau ditahan sangat, nanti dengan kita dia langgar'
Abdullah Sani

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah ketika berkempen di sebuah kedai makan untuk calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama hari ini.

Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, beliau akan membawa isu pertelagahan antara segelintir kepemimpinan tertinggi PKR dan MUDA dalam mesyuarat MPP.

“Politik ini pola macam-macam, ada cara menerangkan yang merapatkan, ada cara menerangkan akhirnya merenggangkan.

“Nanti saya akan bawa dalam mesyuarat MPP, tengok apa masalah yang kita boleh selesaikan daripada perbuatan yang berlaku.

“Insya Allah, kalau kita lihat nanti, bukan satu gencatan senjata, tetapi ‘compromisation’ (bertolak ansur), cuma tak tahu akan berlaku macam mana.

“Saya tidak duduk dalam Majlis Presiden (Pakatan Harapan), jadi tak tahu…tetapi yang saya tahu, mereka tengah mengaturkan penyelesaian,” tambah Abdullah Sani lagi.