Anak tertumpah pengilat kuku di butik berjenama, Tomok terpaksa bayar ganti rugi RM5,593

Oleh KIM SYAZIE

Hanya kerana anak tertumpah pengilat kuku pada baju dan seluar di butik berjenama, penyanyi terkenal, Tomok terpaksa membayar RM5,593 sebagai ganti rugi.

Menurut Tomok, anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.

Akibat daripada kesilapan itu, Tomok dihalang oleh pengurus butik dari keluar sekiranya tidak melunaskan pembayaran ganti rugi.

Tomok berkata, dia hanya membayar ganti rugi itu selepas pengurusan butik memberikan diskaun.

“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,” katanya dalam satu hantaran video di Instagram, malam tadi.

Tapi kerana saiz yang besar untuk dipakainya, Tomok meminta sesiapa yang berminat untuk membeli pakain tersebut.

Baca Artikel Penuh