Ancaman penganas: Undang-undang pilih bulu, bila Tengku Adnan tidak disiasat, kata Chegubard

Oleh MALAYSIADATELINE

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)Badrul Hisham Shahrin mahu tindakan dikenakan terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengugat ketenteraman awam negara ini.

Beliau didalam blognya berkata, seolah ada dua fakta berbeza mengenai maklumat ancaman keganasan yang mungkin berlaku itu.

Beliau mengambil kenyataan Tengku Adnan jelas, menyatakan kawasan seperti Hartamas, Bukit Bintang dan Bangsar adalah kawasan menjadi ancaman penganas di negara ini.

Sebaliknya Ketua Polis Negara menafikan wujudnya acaman itu sebagaimana di nyatakan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

“Satu saluran menggunakan ‘nas’ dari Ketua Polis Kuala Lumpur dan satu lagi saluran gunakan ‘nas’ dari Menteri Wilayah.

“Polis enggan jelas menafikan wujud ‘fakta’ ancaman serangan pengganas di beberapa tempat di KL, malah nasihatkan orang ramai jangan sebar maklumat kononya ada beberapa tempat akan diserang pengganas.

“Manakala Adnan Mansor, Menteri Wilayah yang juga Setiausaha Agong Umno dengan jelas menyatakan dia ada maklumat yang beberapa tempat seperti Seri Hartamas, Bukit Bintang, Bangsar antara kawasan ancaman pengganas.” ujarnya.

Dua fakta berbeza, apa ‘link’ yang Adnan ada dengan pasukan pengganas sehingga dia tahu kawasan mana sedangkan polis nafi ada maklumat.

Semalam selain pusat tumpuan pelancong Bukit Bintang,beberapa kawasan di sekitar ibu negara termasuk Bangsar dan Hartamas turut tersenarai antara kawasan panas yang menjadi ancaman pengganas. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui menerima maklumat berkenaan daripada pasukan perisikan negara.

Shahrin yang mesra di panggil Chegubard ini juga mendakwa polis bersikap pilih buluh dengan kenyataan dikeluarkan oleh Tengku Adnan.

“Kalau orang lain (pembangkang) yang bercakap seperti nada Adnan Mansor, mesti Khalid, Ketua Polis dah arahkan ambil kenyataan dan disiasat dibawah akta hasutan sebab menimbulkan keresahan awam kononya.

“Rumusannya mudah, memang dah jadi trend menteri keluar kenyataan lepas tu balik rumah baru pikir Undang-undang negara ni sentiasa memilih ‘bulu’, ujarnya.

Semalam polis Khalid dalam akaun twitternya menyebut:

“Semua pihak diminta hentikan buat spekulasi tentang keadaan keselamatan bandaraya dan negara kita yang merungsingkan rakyat.
“PDRM sentiasa bersedia (menghadapi ancaman pengganas),” tegasnya.

Kenyataan KPN itu dipercayai bagi membidas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah dan Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.