Angka positif Covid-19 meningkat, 3,683 kes hari ini

Oleh KIM SYAZIE

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan peningkatan kes berbanding semalam dengan 3,683 kes positif Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam negara sebanyak 2,750,516 kes.

Pada semalam, KKM mencatat 2,897 kes positif Covid-19.