Angkara dilambai lelaki lain, wanita ini dirempuh kekasih dengan motosikal

Oleh KIM SYAZIE

Angkara cemburu, seorang lelaki sanggup melanggar teman wanitanya dengan sebuah motosikal dari arah belakang.

Melampau, kejadian mengejutkan itu dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu apabila teman wanitanya itu dilambai oleh lelaki lain.

Ketika kejadian, wanita malang itu dipercayai sedang menyanyi bersama rakan-rakan sekerjanya di sebuah restoran.

Setelah mengetahui lokasi teman wanitanya itu berada, tiba-tiba lelaki berkenaan turut menyusul ke restoran tersebut.

Lelaki itu kemudian mula dihantui rasa cemburu setelah terlihat teman wanitanya dilambai oleh seorang pemuda.

Berselisih faham, pasangan itu sempat bertengkar sebelum wanita tersebut beredar dari restoran kerana malu dengan tingkah teman lelakinya.

Saat meninggalkan premis, wanita itu langsung tidak menyedari dia sedang diekori oleh teman lelakinya dengan sebuah motosikal.

Lelaki berkenaan kemudian bertindak melanggarnya dari arah belakang dan menyebabkan wanita itu terjatuh dan mengalami luka-luka.

Kejadian yang tragis itu dipercayai berlaku negara seberang tepatnya di Jalan Prapanca, Jakarta Selatan, Indonesia.

“Saya lagi berkumpul sama teman-teman saya, teman sekerja. Terus dia cemburu karena ada yang dadah-dadahin (melambai) saya,” katanya.

Selepas melanggar, suspek dikatakan berani berpura-pura membantu mangsa dan membawanya ke hospital, lapor Detik.com.

Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan, Ajun Komisioner Besar Polis Irwandhy berkata, pihaknya telah menerima laporan dan siasatan lanjut bakal dijalankan.

Baca juga: “Panggil saya Kit”, Lim Kit Siang enggan digelar Tan Sri selepas terima anugerah