Angkat jari tengah, ini penjelasan Nadeera

Oleh ROSLAN ZAMAN

Naib Juara Anugerah Juara Lagu, Nadeera Zaini baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila mengangkat jari tengah semasa membuat persembahan. Perbuatannya itu jelas membuatkan ada pihak yang tidak selesa dan anggap tidak sopan.

Memetik dari Mstar, Nadeera berkata perkara itu berlaku secara spontan tanpa niat untuk bersikap biadab.

“Saya betul-betul tak sengaja, sebenarnya jari saya nak menahan veil dari muka. Jadi saya pegang mikrofon itu tak perasan jari tengah saya terangkat, sepatutnya saya angkat jadi telunjuk”, katanya seperti dipetik Mstar.

Nadeera selepas itu terus meminta maaf kepada mereka yang terasa dengan perbuatan tidak sopannya itu.

Sebelum ini, penyanyi itu menjadi satu fenomena dikalangan peminat nyanyian di Malaysia apabila lagunya menjadi trending sehingga kini. Lagu yang turut menjadi OST untuk drama curang tanpa niat terbitan astro itu mendapat tempat di hati peminat yang jelas terpukau dengan kelantangan suaranya.

baca: 30 cawangan ditubuhkan kota belud