Antara syafaat Nabi dan perniagaan Maulidur Rasul

Oleh BORHAN AHMAD

Berkumpul seawal sebelum Subuh dengan pakaian cantik untuk ke acara sambutan Maulid belum tentu menjamin solat wajib Subuh di tunaikan oleh segolongan peserta sambutan melainkan sepertimana yang sedia di fahami ada yang mungkin uzur barangkali kaum lelaki juga uzur bila rancak berbual sewaktu solat jemaah Subuh di tunaikan.

Namun para peserta yang bercampur bukan muhrim mungkin tidak menyedari yang mereka sekadar memeriahkan acara sambutan sebagai formaliti sedangkan segolongan kecil yang lain meraih keuntungan besar daripada pelbagai perniagaan berasaskan acara sambutan bercorak keagamaan yang hukumnya langsung tidak wajib jika hendak dibandingkan dengan solat fardhu yang ramai masih tidak dapat menyempurnakannya secara berjemaah 5 kali sehari. Lokasi sambutan peringkat kebangsaan tahun ini dilapor di ubah ke lokasi baru iaitu Taman Ekspo Pertanian Serdang.

Berapa agaknya peruntukan setiap jabatan kerajaan untuk berpakaian warna sama ala boria Sungai Pinang yang pernah di anggotai legenda boria Pak Pie dan Allahyarham Pak Mydin. Berapa pula peruntukan yang dihabiskan di lokasi sambutan? Berapa pula peruntukan sistem audio visual yang di sewa?

Bagaimana peruntukan ‘backdrops’’pentas serta kain rentang, kain pemidang serta pelbagai sepanduk? Tidak perlu di audit, begitulah kenyataan pegawai tinggi agama kerajaan persekutuan yang bertaraf Ketua Pengarah baru baru ini bila umum pertikai peruntukan hampir RM1 billion dalam belanjawan 2016 kepada jabatannya.

Benar, merujuk kepada pelbagai hadis dengan pelbagai status sanad pelapor, bila kita berselawat dan mengucapkan salam ke atas Nabi Muhammad saw, baginda akan menjawabnya serta pahala besar menanti kita jika berziarah ke Makam Rasullullah yang terletak di dalam Masjid Nabawi di Madinah Al Munnawarrah juga kita di janjikan Rasullullah untuk diselamatkan daripada terjatuh ke dalam neraka dengan Syafaat baginda.

Imam Muslim melaporkan sepotong hadis sahih mengenai syafaat terbesar Al-Udzma atau Al Kubra dimana Nabi Muhammad saw di padang Mashsyar ketika manusia yang banyak berdosa telah gagal mendapat bantuan beberapa orang Nabi terdahulu termasuk Nabi Adam, Nabi Nuh,Nabi Ibrahim dan Nabi Isa kerana kesemua Nabi Nabi berkenaan sibuk dengan masalah mereka sendiri di hadapan Allah di mana akhirnya manusia bergantung harap pada Nabi Muhammad saw untuk membantu mereka.

Nabi Muhammad saw bersujud kepada Allah swt untuk memohon bantuan. Kemudian Allah swt berfirman kepada Nabi Muhammad saw yang Allah swt berkenan memberi bantuan kepada Nabi Muhammad yang belum pernah di berikan kepada sesiapa kecuali Nabi Muhammad. Baginda memohon, “Ya Allah bantulah umatku,umatku”. Lalu firman Allah swt kepada Nabi, “Wahai Muhammad ,masukkanlah ke syurga umatmu yang bebas hisab dari pintu kanan syurga………”

Manakala Ibnu Katsir, seterusnya menjelaskan yang Nabi Muhammad saw juga mempunyai kelebihan menerusi Syafaat untuk membolehkan golongan yang sama banyak amalan dan dosanya di masukkan ke syurga berdasarkan tafsirannya terhadap hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Al-Jamaáh.

Nabi Muhammad juga mempunyai syafaat kepada calon penghuni syurga yang berada di luar pintu syurga agar segera masuk Syurga berdasarkan hadis Sahih Imam Muslim di mana penjaga pintu Syurga berkata, “Aku diperintahkan agar tidak membukakannya untuk siapa pun sebelum engkau (Muhammad) “

Seterusnya Nabi Muhammad saw juga mempunyai kelebihan syafaat kepada bapa saudaranya Abu Talib yang meninggal dunia dalam keadaan masih kafir dimana azabnya di ringankan dengan azab yang paling ringan iaitu api neraka ada alas pelapik di kaki bapa saudara baginda namun sekalipun ianya di terangkan sebagai azab paling ringan tetapi cukup untuk menjadikan otak Abu Talib mendidih. (Hadis Sahih Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad saw dalam pelbagai hadis menerusi pelbagai status sanad turut bersabda mengenai Syafaat juga boleh di perolehi dengan pelbagai cara umpamanya Syafaat daripada Allah swt yang mengeluarkan sekelompok manusia daripada neraka (Hadis Sahih Bukhari) Juga sabda Nabi dalam hadis Sahih Imam Muslim yang Syafaat juga boleh diperolehi pada hari Kiamat daripada Al Quran dengan syarat membacanya. Nabi juga dilaporkan bersabda oleh Imam Ahmad yang puasa juga mampu datang untuk memberikan Syafaat pada hari kiamat nanti.

Berbalik kepada acara gilang gemilang sambutan Maulidur Rasul, apa yang jelas ada beberapa golongan yang mendapat faedah segera daripada pelbagai acara sambutan keagamaan samada peluang perniagaan ataupun peluang mendapat pasangan hidup setelah bercampur dengan bukan muhrim samada sebelum atau selepas acara sambutan, namun pengisiannya biasanya sekadar seolah olah babak lakonan daripada adegan sebuah filem.

Hadir dan berlakon mencintai Nabi Muhammad saw namun dalam hati penuh dengan pelbagai fahaman syirik. Syirik untuk mempercayai cuma pertubuhan politik tertentu sahaja yang berkuasa memperjuangkan agama Islam di negara ini dan jika mereka kehilangan kuasa maka hilanglah kekuatan agama Islam di negara ini.

Namun bila mereka berkuasa, agama Islam cuma menjadi alat untuk mencapai matlamat skim cepat kaya sahaja iaitu dengan membina pelbagai bangunan yang berlabelkan Islam namun pengisian bangunan bangunan berlabel Islam ini biasanya di penuhi oleh bahalul bahalul yang bekerja siang malam mengampu dan menjual maruah diri.

Malah syirik yang lebih teruk dan serius ialah membawa masuk tok tok sami dari India untuk acara pemujaan dalam rumah individu individu isteri dan suami yang mengaku beragama Islam. Hebatnya bila di Masjid golongan elit berkenaan boleh berSolat seperti biasa di mata umum namun di rumah lain cerita malah ada yang dilapor gemar meminum wain buatan Jepun yang tersedia di simpan di dalam dinding tersembunyi yang boleh dibuka.

Sambutan Maulidur Rasul berbentuk komersial ini ada kalanya jelas tiada beza dengan acara persiapan hari raya yang akan bermula semenjak seawal sebelum bulan Ramadhan lagi dan bertambah rancak sepanjang bulan Ramadhan sehingga mungkin terlepas Solat Fardhu mahupun Solat Sunah Terawikh.

Apakah dengan sambutan seperti Maulidur Rasul ini semua golongan masyarakat yang beragama Islam di negara kita akan menjadi lebih baik dan sentiasa mengingati Nabi Muhammad saw? Jenayah berterusan berlaku termasuk termasuk ketika acara sambutan bila di tanya media, segolongan pemimpin akan menjawap soalan soalan berbentuk cuba menutupi perbuatan jenayah yang sedang rancak di bualkan rakyat seolah olah sambutan Maulud Nabi memberi satu kredibiliti untuk memperdaya rakyat tentang pelbagai kelakuan jenayah serius sebagai fitnah semata mata. Begitu juga dengan pengisian ucapan semasa sambutan yang lebih sesuai di label sebagai ‘sham-defence’ ,jika di ungkapkan dalam Mahkamah.

Justru jika di dalam Mahkamah sesuatu tindakan itu boleh di anggap membuang masa dan menyalah guna proses Mahkamah di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (c) (d) Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 maka sambutan agama jika di salah guna untuk kepentingan tertentu juga membuang masa semua peserta dan menyalah guna nama baik Nabi Muhammad saw untuk mencapai matlamat tertentu.

Jika kita ikhlas peringati Nabi, mengapa tidak kita amalkan segala apa yang baginda telah Sabdakan dalam Hadis hadis yang dilapor Sahih terutamanya sekali daripada laporan Imam Bukhari dan Muslim. Jika kita benar patuh perintah Allah swt , mengapa tidak kita buktikan dengan mematuhi segala firman Allah swt yang termaktub dalam kitab Al Quran.

Perhimpunan adalah acara zahir yang tidak menggambarkan roh sebenar atau intipati suruhan agama telah sempurna di laksanakan. Kita boleh berloyar buruk dan berkata perhimpunan penting untuk ‘Maslahah’ atau kepentingan umum namun yang biasanya jelas di lihat ialah kepentingan golongan peniaga untuk untung besar dan golongan pemimpin untuk cuba menghalalkan pelbagai jenayah menerusi pengisian acara sambutan Maulud seperti ucapan dan juga kenyataan kepada media selepas sambutan yang juga menjadi peluang untuk menyebarkan propaganda selepas media arus perdana tidak lagi mendapat sebarang sambutan oleh rakyat jelata.

Akhir sekali, berapa agaknya belanja sebenar keseluruhan sambutan Maulud Nabi 1437 Hijrah kali ini? Adakah beberapa ratus ribu ringgit sahaja ataupun jutaan ringgit? Atau berapa agaknya jumlah belanja sambutan di seluruh negara agaknya, belasan juta ringgit atau lebih lagi? Mungkin Nabi Muhammad saw jika baginda masih berada secara zahirnya bersama kita hari ini, akan lebih berasa suka cita jika para asnaf termasuk fakir,miskin dan sebagainya yang merasai nikmat rezeki yang melimpah ruah daripada di bazirkan untuk acara sambutan Maulid untuk memperingati hari kelahiran baginda.

Tiada sebarang rekod Sahih , Nabi menyambut hari kelahirannya juga tiada sebarang rekod sambutan hari kelahiran baginda di lakukan di zaman Sahabat malah Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz pernah dilapor akhbar sinar harian berpandangan, bulan Maulud tiada sebarang Fadhilat tidak seperti bulan Ramadhan yang mempunyai banyak Fadhilat justru kerajaan Kelantan ketika Al Marhum Tok Guru mentadbir Kelantan sebagai Menteri Besar, tidak menyambutnya.

Ibnu Taimiyah yang meninggal dunia pada tahun 728 hijrah berpendapat:

“Apa yang diada-adakan oleh sebahagian orang dalam aktiviti Maulid, kadang kadang menyerupai Nasara dalam menyambut kelahiran Nabi Isa as,……menjadikan hari kelahiran baginda seperti hari raya………Namun sesungguhnya sambutan Maulid itu tidak pernah di lakukan oleh orang orang terdahulu dari generasi salaf (sahabat,tabiin, tabii-tabiin) padahal merekalah yang lebuh berhak melakukannya jika itu di perlukan………..”

Mufti negeri yang hijau dengan bendang padi ,Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula pernah di siar di youtube berpendapat, belanja besar yang di gunakan untuk acara sambutan Maulid patut di gunakan untuk tujuan yang lebih penting umpamanya terhadap golongan susah memandangkan kos sara hidup yang kini semakin tinggi.

Justru kita semua tetap boleh memperingati Nabi Muhammad saw dengan kos percuma sahaja iaitu sentiasa berselawat ke atas Nabi di mana sahaja kita berada asalkan masa dan lokasinya sesuai. Lokasi yang tidak sesuai seperti umpamanya dalam tandas. Namun selain itu, hati kita boleh sentiasa bukan sahaja berselawat malah berzikir pada Allah swt tanpa perlu di ketahui sesiapa pun cukup sekadar Allah swt yang Maha Mengetahui, Inshaa Allah. Manakala kos yang di jimatkan daripada penganjuran majlis sambutan berkenaan bolehlah di rasai oleh golongan fakir, miskin dan para asnaf lain. Wallahualam.

 

 

DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR