Anwar berlepas ke Turkiye beri sokongan moral kepada Presiden

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye malam ini bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden Reccep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Pesawat khas yang membawa Anwar berlepas kira-kira pukul 11.15 malam dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Sebelum berlepas, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Zamri Zainal Abidin membacakan doa bagi memohon keselamatan delegasi Anwar ke Turkiye.

Lawatan sehari Anwar itu turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali.

Anwar membuat keputusan untuk mengadakan lawatan mengejut itu atas dasar persahabatan dan permintaan Erdogan yang telah dua kali menghubunginya meminta beliau ke Turkiye. 

Perdana Menteri dijangka tiba di Gaziantep pada 7.30 pagi esok (waktu tempatan) untuk meninjau lokasi bencana dan bertemu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sebelum berlepas ke Ankara bagi mengadakan pertemuan dengan Erdogan.

Baca Artikel Penuh