Perkongsian dimuat naik oleh seorang individu mengenai kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial baru-baru ini.
Hal ini adalah berkaitan calon pemimpin nombor satu negara untuk penggal hadapan memandangkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berkemungkinan akan diadakan tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di platform Threads itu, wanita dikenali sebagai Nuha memaklumkan bahawa Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-11 bagi penggal hadapan.
“PMX (Anwar Ibrahim) memang sah tak akan jadi Perdana Menteri ke-11,” katanya memberitahu bahawa kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tetap tidak berubah sekiranya berjaya mendominasi PRU16.
Sempat mengundang persoalan, kenyataan individu berkenaan bagaimanapun berjaya menghiburkan hati netizen selepas memahami maksud sebenar sebalik hantaran itu.
Perkongsian tersebut rupa-rupanya hanya disampaikan secara berseloroh untuk menggambarkan kedudukan Anwar sebagai PMX (Perdana Menteri ke-10) tidak akan berubah walaupun apapun berlaku.
“Memanglah. Kalau beliau menjadi Perdana Menteri untuk penggal kedua pun, masih dianggap sebagai PMX,” kata seorang pengguna yang memahami jenaka individu terbabit.
“Betullah itu. Menang ke atau kalah ke dalam PRU seterusnya, dia tetaplah PMX (Perdana Menteri yg ke-10).” Katanya pengguna lain yang turut terhibur dengan perkongsian itu.
Sekadar info, PRU16 dijangka berlaku lebih awal susulan ketidakstabilan politik di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor walaupun mandat kerajaan diterajui Anwar belum tamat tempoh penggal yang harusnya berakhir pada November 2027.

Baca juga: “Ingat pelajar tahfiz ni cikai-cikai ke?” – Asyraf Wajdi ‘sekolahkan’ netizen