Terdahulu, SPR hanya membenarkan penganjuran ceramah secara fizikal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mencapai jaringan internet sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Pencegahan Covid-19 yang dimuat naik di laman sesawang SPR pada semalam.

Anwar menegaskan, perbincangan yang kritikal terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam SOP pilihan raya perlu dilakukan.

Justeru katanya, beliau tidak melihat ada sebab yang konkrit termasuklah fakta-fakta berasaskan bukti perubatan dalam SOP terbaru ini.