Anwar mahu Rafizi dan Nik Nazmi masuk kabinet semula

Oleh ROSLAN ZAMAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempelawa Rafizi Ramli dan Nik Nazmi berada dalam kabinet semula.

Rafizi dan Nik Nazmi tewas dalam perlawanan perebutan jawatan timbalan presiden dan naib presiden masing-masing kepada lawannya.

Sebelum ini, Anwar hanya meluluskan kedua-dua bekas orang kanannya dalam parti itu untuk bercuti sahaja, bukan meluluskan perletakan jawatannya.

” … biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” katanya seperti dipetik oleh Bernama semalam.

Anwar turut menegaskan ahli parti haruslah berjiwa besar dalam untuk memastikan agenda parti yang lebih besar.

“Bayangkan saya boleh bekerjasama dengan Umno, siap peluk-peluk.

“(Ahli parti) kena move on untuk agenda lebih besar. Kalau saya boleh bekerjasama dengan Umno, takkanlah saya tak boleh bekerjasama dengan kawan-kawan yang berbeza pendapat,” katanya.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri seminar pemerkasaan organisasi dan satu mesyuarat tertutup bersama kepimpinan PKR semalam.

Baca: Anwar dahului