Anwar sebagai PM ke-10, ‘Kita Boleh!’

Oleh ARIF ATAN

Saya berada di Pusat Konvensyen Ipoh pada Khamis malam kerana saya menyokong matlamat Pakatan Harapan untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-10.

Cabaran terbesar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sama ada Pakatan Harapan boleh berjaya menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Saya menyeru para pengundi Malaysia, di dalam negara dan di diaspora Malaysia di seluruh dunia, untuk bersatu hati dengan matlamat yang satu ini. Slogan baharu kita adalah: “Kita Boleh!”

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, saya berkempen di seluruh negara untuk Pakatan Harapan menjatuhkan hegemoni politik Umno-Barisan Nasional di negara ini dan saya jarang berada di kawasan parlimen Iskandar Puteri yang saya tandingi.

Tetapi saya mahu berterus terang hari ini. Jika anda bertanya kepada saya pada pagi Hari Pengundian PRU 14 pada 9 Mei 2018 sama ada Pakatan Harapan akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Umno selama 61 tahun pada hari itu, saya akan menjawab “Tidak”.

Malah Najib Razak, Perdana Menteri ketika itu, yakin sehingga waktu penutupan pusat mengundi bahawa Umno bukan sahaja pasti menang dalam PRU14, tetapi meraih majoriti dua pertiga di parlimen.

Baca Artikel Penuh