Anwar tiba di Filipina untuk lawatan rasmi dua hari

Oleh MALAYSIADATELINE

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Republik Filipina.

Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai perdana menteri akhir tahun lepas.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri, mendarat di Pangkalan Udara Villamor pada 12.50 tengah hari.

Sebaik tiba di pangkalan udara itu, beliau disambut oleh Setiausaha Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina Rexlon Gatchalian, selaku menteri pengiring.

Kemudian lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dimainkan, diikuti lagu kebangsaan Filipina ‘Lupang Hinirang’ (Tanah Terpilih).

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Baca Artikel Penuh