Kemeriahan hari raya aidilfitri biasanya diserikan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak. Namun lain ceritanya untuk keluarga lelaki ini apabila memberikan geran tanah kepada anak-anak sebagai ganti kepada duit raya.
Video yang dimuatnaik di tiktok @nayaaaaaaa_1208 menunjukan seorang lelaki mengagihkan kertas yang berwarna hijau kepada semua anaknya ketika bersalam-salaman.
Kertas hijau itu menunjukkan imej geran tanah setiap kawasan yang diberi kepada anak dan cucunya.

Klip video yang meraih lebih 19.1 juta tontonan ini menerima pelbagai komen positif dari netizen yang menyaksikan.
“Ini memang dah level ultra max punya duit raya ni, tak siapa boleh challenge”, kata seorang netizen.
“Bapa yang bijak kerana mengelak anak-anaknya untuk merebut harta selepas meninggal dunia,” kata seorang lagi netizen.