Apa bezanya telur ayam kulit coklat dan putih? Bezanya kulit coklat lebih mahal

Oleh NASUHA RAHMAN

Ramai tertanya-tanya mengapa telur ayam dalam negara kita berkulit coklat berbanding di luar negara berkulit putih iaitu sama warna kulit telur itik.

Jika anda seorang yang gemar menonton video Youtube daily vlog dari luar negara, sudah pasti anda perasan bahawa ada masa sesetengah Youtuber menggunakan telur ayam berkulit putih dan ada masanya mereka menggunakan telur ayam berkulit coklat.

Sedarkah semua, telur ayam berkulit coklat datangnya daripada baka ayam berbulu coklat dan putih dari ayam berbulu putih.

Dan satu lagi, rupa-rupanya telur ayam berkulit coklat harga lebih mahal berbanding berkulit putih.

Tapi sebenarnya apabila diteliti telur ini sama sahaja penggunaannya iaitu boleh digoreng, direbus atau digunakan dalam apa-apa jenis masakan yang ingin dimasak. Apa yang membezakan dua jenis telur itu hanyalah warna pada kulitnya sahaja.

Namun demikian, jika warna kulit telur ayam itu berbeza, adakah rasanya juga berbeza? Mungkin ramai antara anda yang tertanya-tanya mengapa wujud dua jenis warna kulit telur ini.

Baca Artikel Penuh