Apa hasil disebalik lawatan PM Anwar ke Arab Saudi?

Oleh MALAYSIADATELINE

Lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac lepas dilihat berjaya mengeratkan hubungan antarabangsa dan perdagangan sekali gus memperkukuh aktiviti keislaman.

Timbalan Pengarah Institut Asia Eropah, Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers Peter Rogers berkata tiga aspek tersebut memberi tambah nilai kepada hubungan Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sejak berpuluh tahun. 

“Lawatan berkenaan adalah kesinambungan kepada hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi iaitu sejarah awal selepas kemerdekaan negara, Arab Saudi merupakan negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Malaysia dan membuka kedutaan di negara ini sekitar 1961.

“Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang pertama dan hubungan itu sudah jelas cuma lawatan kali ini dilihat memperkukuh lagi jalinan sedia ada,” katanya pada program Apa Khabar Malaysia di Bernama TV hari ini.

Roy Anthony Rogers berkata pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan itu ternyata membuka peluang penglibatan syarikat Malaysia di Timur Tengah sekali gus menambah pelaburan negara.

Selain itu, Roy Anthony Rogers juga menyifatkan Malaysia dan Arab Saudi mempunyai hubungan istimewa di bawah payung Islam terutama melibatkan pengurusan ibadah haji dan umrah yang memerlukan kerjasama kedua-dua negara.

Baca Artikel Penuh