Jemaah Malaysia sekali lagi dipuji Arab Saudi kerana tahap disiplin serta kebersihan diamalkan di Masyair sebelum ini.
Penghargaan itu disampaikan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi ketika bertemu Menteri Agama Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semalam
Lebih teruja, menterinya Dr Tawfiq mengatakan jika semua jemaah haji dunia macam Malaysia, beliau boleh tidur dengan tenang.
“Itu gambaran selesanya kerajaan Arab Saudi kepada Tabung Haji dan jemaah kita kerana rekod terbaik dari segi kebersihan di Masyair tahun lalu,” katanya selepas melancarkan Kempen Kebersihan Masyair di Abraj Al Tayseer semalam.
Justeru beliau mengharapkan jemaah tahun ini dapat mengekalkan rekod sebelum ini dengan memastikan kawasan Masyair dtinggalkan dalam keadaan bersih tanpa sampah-sarap.
“Sebab itu kita lancar kempen yang telah dimulakan sejak 2017 ini untuk menggalakkan jemaah haji Malaysia menjaga kebersihan diri dan persekitaran Masyair.
“Kita juga nak bantu Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk menjadi model terbaik yang boleh diikuti jemaah haji negara lain,” katanya.
Baca juga: Isteri kantoi laga pipi lelaki lain dalam kereta, mengaku dekat suami berkawan dengan ‘gay’