“Asal beraya je aku menangis orang tanya pasal tak ada anak..”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pulang kampung untuk menyambut Aidilfitri, seorang wanita tidak dapat menahan sebak apabila diasak soalan mengenai cahaya mata.

Tidak dapat menahan sebak, wanita itu berkongsi luahan hatinya menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, @dbyinn.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita tersebut sedang mengesat air matanya sambil ditemani sang suami yang juga berusaha memujuk.

“Raya nak happy-happy, tapi orang asyik tanya bila nak berbadan dua,” tulisnya di dalam video yang tular di laman TikTok itu.

Berkongsi perjuangannya untuk mendapatkan anak, wanita itu sering menitiskan air mata setiap kali datang haid.

Walaupun sudah menjadi norma masyarakat, wanita itu memohon orang ramai agar berhati-hati ketika bertanyakan soalan yang sensitif.

https://www.tiktok.com/@1103qwertyuiop/video/7226259230691527941?_r=1&_t=8buCbIyIAdz&social_sharing=v2

“Tolong, tolonglah berhati-hati dengan percakapan anda. Anda tak tahu bagaimana saya cuba untuk tidak menangis setiap kali datang bulan.

“Sila doakan kami dan pasangan lain juga yang mengimpikan malaikat kecil. Kita tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan, InsyaAllah.” Mohonnya.

Lebih baik diam dari berkata-kata, diharapkan masyarakat lebih bersikap prihatin ketika bertanyakan soalan yang sensitif.

Baca juga: Kipas dekat kampung ‘slow gila’, ini cara bagi laju balik