Asyik pinjam duit, siap suruh jadi penjamin…individu dedah derita kahwin dengan keluarga miskin

Oleh KIM SYAZIE

Luahan seorang individu di media sosial menjadi perbincangan hangat apabila meluahkan rasa kecewa mendalam selepas berkahwin dengan pasangan daripada keluarga miskin.

Menurut luahan pengguna Threads, dia tiada masalah dengan pasangannya, tetapi cabaran terbesar datang daripada ahli keluarga pasangannya sendiri yang dikatakan sering mengambil kesempatan.

Dia mendakwa sering diminta untuk meminjamkan wang, malah diminta menjadi penjamin pinjaman kewangan bagi pihak keluarga pasangan.

“Akibat kahwin dengan keluarga miskin, ahli keluarganya minta pinjam duit sentiasa.

“Ahli keluarganya suruh kau jadi gerento dan penjamin untuk buat pinjaman,” luahnya.

Lebih malang, kenderaan miliknya turut dipinjam sehingga terlibat dalam kemalangan.

Akibat penggunaan namanya oleh keluarga pasangan untuk pelbagai urusan kewangan, dia juga akhirnya disenarai hitam oleh institusi kewangan.

“Walaupun pasangan yang kau kahwin ialah orang baik dan berpendapatan, tapi kau akan jadi miskin kerana mindset ahli keluarganya akan membuat kau hidup dalam kemiskinan,” tulisnya.

Luahan itu pantas meraih lebih 1,200 tanda suka dan ratusan komen daripada warga maya.

Baca juga: Terkejut ada lagi peniaga jual teh ‘O’ ais sebungkus 0.50 sen