AWAN turun padang santuni wanita daif sambut Aidilfitri

Oleh ZIKRI ABDULLAH

Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) terus bergerak turun ke bawah menyantuni golongan daif khususnya dari kalangan wanita.

AWAN kawasan Kubang Kerian, sempena menyambut kedatangan Syawal mengadakan program menyumbang batuan kepada sekumpulan wanita di Wakaf Stan dengan memberi perhatian khusus kepada mangsa Bah Kuning 2014.

Ketua AWAN kawasan berkenaan, Puan Mardian dalam satu majlis ringkas itu berkata, wanita perlu turut memahami apa yang terjadi di negara ini supaya tidak terus tertipu dengan janji manis mereka yang berkuasa.

Puan Mardian menyampaikan sumbangan kepada mangsa bah kuning 2014

Akibat salah urus pentadbiran negara katanya, kini rakyat semakin sukar menjalani kehidupan.

“Semua barang naik harga, dulu kalau ada RM50 kita tak risau belanja dapur seminggu, tapi sekarang ada RM50 nak masuk kedai runcit pun takut tak cukup,” katanya di majlis yang diadakan dengan kerjasama NGO Wanita Peduli dan Ikram Bantu itu.

Beliau berharap pada masa akan datang semua rakyat khusunya wanita perlu faham dulu sebelum membuat pilihan khusunya semasa pilihan raya.

“Jangan sampai kita terus terperangkap dengan mereka yang hanya mahu memperkayakan diri sendiri tanpa peduli nasib rakyat,’ katanya.