Awas, isu rampasan aset Petronas usaha mahu burukkan musuh Umno

Oleh ARIF ATAN

Isu Sulu ini bukan baru, dah lama, sentimen pencerobohan Sulu ini dimainkan Umno menjelang PRU ke-13. Siapa masih ingat bagaimana gambar pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah dengan waris kesultanan Sulu dimainkan Umno di media-media akhbar menjelang PRU13.

Setelah empat tahun berlalu, rupa-rupanya ia hanya mainan fitnah Umno bagi menghadapi PRU13, Anwar dan Nurul Izzah menang saman ke atas TV3 dan Utusan yang cuba mengaitkan Anwar dengan pemberontak.

Anwar digambarkan sebagai pengkhianat negara dan dalang pencerobohan kesultanan Raja Sulu pada masa itu bagi membakar perasaan orang Melayu.

Samalah kisah Mat Sabu digambarkan bersama perjuangan komunis hanya sebab membela Mat Indera.

Tapi apa Umno peduli. Janji menang pilihan raya dan mampu menipu ramai orang Melayu, sama cerita drama di Sauk oleh al-Maunah.

Siapa masih ingat peristiwa pencerobohan tentera Sulu menjelang PRU13? Masa itu beberapa anggota kita meninggal dunia, seakan pentas pencerobohan al-Maunah di Sauk Kuala Kangsar dipentaskan semula di Lahad Datu.

Kebetulan Menteri Pertahanan yang tak guna masa peristiwa Sauk itu, Najib Razak dan masa Lahad Datu sepupu dia Hishamuddin.

Ya, pada masa itu tiada filem Mat Kilau. Mat Kilau masa tu masih dianggap pemberontak seperti Tok Janggut.

Namun, ketika itu akhbar dan media perdana mainkan sentimen patriotik untuk membakar kemarahan orang Melayu pada Anwar.

Gambar Anwar dengan waris kesultanan Sulu, gambar Anwar dengan Nur Misuari pemimpin MNLF dimainkan.

Masih ingat masa zaman PH, ketika PRK kecil Sabah di Kimanis, Umno mainkan sentimen Filipina menuntut Sabah.

Kerajaan Warisan dan PH digambarkan menjadi alat Filipina, kononnya kerakyatan diberikan kepada Filipina dan Umno adalah heronya.

Jadi, itulah Umno. Itu sebabnya saya lebih cenderung bersetuju penulisan Memoir Thommy Thomas tentang peristiwa 13 Mei dan kaitannya dengan kepimpinan Tun Razak pada masa itu menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

Biarpun Anwar tidak bersetuju dengan pandangan Tommy tentang Tun Razak, saya cenderung bersetuju. Soal benar atau tidak, itu hanya perspektif Tommy Thomas dalam sejarah. Tapi anak dengan bapak sama saja.

Seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh Sulu di Lahad Datu pada 2013.

Apabila hari ini keluar berita Raja Sulu merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion), kita tidak perlu kalut. Ia adalah penghakiman sepihak disebabkan kecuaian zaman penyangak.

Nampak tak harga yang mahal kita terpaksa tanggung disebabkan tindakan Umno bermain dengan politik? Mereka yang langgar perjanjian, mereka yang hentikan pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Kesultanan Sulu pada 2013 sebab nak main politik, mereka cuba salahkan PH.

Orang Melayu jangan lagi terperdaya sentimen yang cuba dibangkitkan menjelang PRU15. Siapa yang perasan sampaikan portal Forex, berita ekonomi salahkan PH, pelik kan? Itulah permainan Umno dan penyangak. Dalam waktu yang sama, mereka nak tutup krisis kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

Samalah dengan sentimen Batu Putih. Yang kalah di mahkamah itu zaman penyangak, yang tidak merayu bertahun-tahun itu Umno BN, tiba-tiba salahkan PH.

Penyangak dan keturunan Pahang ini memang tak guna. Depa buat salah, depa merompak dan menyamun, relax macam tak bersalah tuduh orang lain. Aku doakan penyangak ni cepat ke penjara.

Baca juga Tun M jawab tentang isu Pulau Batu Puteh

Baca juga Lelaki guna ayat suci Al-Quran untuk pindahkan kanser kepada pokok, netizen luah rasa bimbang