Penyanyi terkenal Ning Baizura tidak lokek berkongsi mengenai penjagaan kesihatannya yang masih baik walaupun kini hampir menginjak 50 tahun.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Awan Yang Terpilu itu berbangga dengan bentuk badan ideal yang dimilikinya hingga ini.
Tidak mahu berahsia, Ning Baizura berkata dia rajin berpuasa dan ia telah diamalkannya sejak dahulu lagi.
“Alhamdulillah saya bangga dengan kesihatan mahupun kecantikan yang saya ada sekarang. Semuanya kerana Allah. Saya bersyukur. Syukur sangat- sangat.
“Sebenarnya rajin-rajinlah berpuasa. Tak perlu pun nak tunggu bulan puasa baru nak puasa. Puasa je dari sekarang. Itu saya buat sejak dahulu. Sebab badan saya senang naik tapi susah nak turun.
“Satu lagi, hati nak kena cantik.. apa yang kita cakap pun kena yang baik-baik. Barulah itu semua kita nampak keluar di luaran yang datang dari hati,” katanya menurut Gempak.
Pemilik nama sebenar, Ning Baizura Sheikh Hamzah ini juga mengakui gemar memakan ulam-ulaman hampir setiap hari.
“Benda ini semua daripada zaman tok nenek kita dah diamalkan. I suka sangat ulam. Hari-hari memang kena ada ulam.
“Macam saya kata selain tutur kata, hati, makanan yang kita ambil pun kena jaga. Saya memang kena ada ulam. Baru dapat macam ini,” tambahnya lagi.
Baca juga: “Duit ‘renovate’ hangus, mentua halau aku dan anak dari rumah hibah lepas suami meninggal