“Ayah omok datang ni” – Ziarah kubur ayah lepas balik sekolah, kanak-kanak undang sebak netizen

Oleh KIM SYAZIE

Kehilangan ibu bapa amatlah memilukan apatah lagi buat kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa itu kematian.

Menerusi video TikTok @omokgendut18, dapat dilihat kanak-kanak tersebut menuju ke kubur ayahnya dengan memakai baju sekolah.

“Pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dengan gambar ayah dia, ‘ayah omok nak pergi sekolah ni’.

“Balik sekolah dia ajak jumpa ayah dia, lepas rindu,” tulis kapsyen video itu.

@omokgendut18

pagi tadi sebelum pergi sekolah dia cakap dgn gambar ayah dia..”ayah omok nak pergi sekolah ni” balik sekolah dia ajak jmpe ayah dia..lepas rindu😇

♬ bunyi asal – aishah sanusi🥰 – aishah sanusi🥰

Rata-rata netizen sebak melihat anak kecil merindukan bapanya yang sudah tiada di muka bumi ini.

“Allah. Sedih pula tengok, semoga jadi yang baik ya sayang,” komen Maya.

“Jatuh juga air mata jantan aku. Aku dari kecil lagi ayah dah meninggal. Tak merasa lama kasih sayang ayah. Al Fatihah buat arwah ayah ku,” komen pengguna TikTok.

Netizen turut berharap si ibu diberi kekuatan membesarkan anak tanpa seorang bapa disisi, dan anaknya diberi kekuatan menempuh cabaran.

Baca juga: Walau dilanda kontroversi, filem Pulau raih kutipan lebih RM2 juta dalam masa 7 hari