Ayah tiri binatang! Sanggup ‘ratah’ anak tiri sampai hamil 6 bulan selepas dah setahun tak dilayan isteri

Oleh KIM SYAZIE

Hanya kerana permintaan mahu ‘bersama’ ditolak isteri, lelaki dari Indonesia tergamak menjadikan anak tiri sebagai pemuas nafsu.

Suspek berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Roy dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali terhadap anak tiri yang berusia 17 tahun.

Kejadian berlaku pada Julai, September dan Disember tahun lalu lapor Indozone.

Akibat perbuatan terkutuk itu, mangsa kini sedang sarat hamil hasil hubungan terlarang itu.

Suspek yang mengaku akan perbuatannya itu mendakwa nekad berbuat demikian kerana isterinya enggan memberikan nafkah batin terhadapnya sejak tahun 2021 lagi.

Difahamkan, wanita terbabit tidak mahu memiliki zuriat dan disebabkan itu, suspek tergamak melepaskan nafsu terhadap anak tirinya sendiri.

Menurut sumber, perbuatan keji itu dilakukan suspek ketika isterinya tiada di rumah dan perbuatan tersebut hanya terbongkar selepas mangsa mengadu sakit perut dan berasa mual.

Mangsa kemudian dibawa ke klinik dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa sedang berbadan dua.

Selepas didesak, mangsa akhirnya mengaku telah disetubuhi oleh bapa tirinya dan mendakwa selama ini dia terpaksa merahsiakan perkara tersebut kerana diugut bunuh oleh suspek.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan dan jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Baca juga: Terkejut pengunjung tengok Vin Diesel jual Kunafa di Bazar Ramadan JB