Siapa sahaja tidak suka makan ayam goreng panas-panas, kalau beli dekat pasar malam mesti tahan rangupnya walaupun dah sejuk.
Ramai tak menggunakan teknik dua kali celupan dalam tepung, sedangkan ini yang menyebabkan tekstur luaran ayam menjadi rangup.
Ayam goreng ini antara menu kegemaran ramai terutamanya buat kanak-kanak maka tak terkejut jika ramai meminta ibu untuk membuat ia bagi jamuan akhir tahun.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Hazwani Abd Razak menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Resipi ayam goreng ala fast food
Bahan-bahan:
- Tepung bestari (lebihkan)
- Tepung gandum
- Air
Cara-cara:
- Pastikan ayam dipotong kecil dan basuh hingga bersih.
- Kemudian perap ayam bersama tepung bestari dan air selama 30 minit.
- Sediakan salutan tepung kering, bestari ditambah tepung gandum.
- Pastikan setiap ayam disalut dengan sempurna.
- Rendam pula ia dalam air selama 20 saat dan toskan lebihan air.
- Salut semula ayam dengan tepung kering dan toskan ayam tu.
- Goreng dalam minyam banyak serta gunakan periuk kecil, jadikan ia seperti teknik ‘deep fry’.
Baca juga: Cawan ada kesan kuning di bahagian dalam? Ikut step mudah ni, ‘gerenti’ hilang!