Babak ‘Abdullah Bin Mubarak’ Mat Kilau di Netflix tidak disunting buat penonton keliru

Oleh NASUHA RAHMAN

Semalam, filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang mula ditayangkan di Netflix muncul trending di media sosial apabila terdapat satu kesalahan fakta yang agak besar.

Terdapat satu babak disebutkan tentang nama Abdullah bin Mubarak yang dikatakan sahabat Nabi sebaliknya fakta itu salah sama sekali.

Seorang pengguna Facebook Halim Abdulrrahman Halim membetulkan fakta itu di mana Abdullah Ibn Mubarak seorang Tabi’ Tabi’in dan ahlul hadith yang lahir 118 Hijrah dan tidak pernah berjumpa Nabi.

“Abdullah Ibn Mubarak sahabat Nabi? Setahu saya Abdullah Ibn Mubarak seorang Tabi’ Tabi’in dan ahlul hadith, beliau lahir 118 Hijrah. Tidak pernah jumpa Nabi.

“Mungkin ‘Mat Kilau’ tersasul, dan sebenarnya dia mahu maksudkan Abdullah Ibn Rawahah r.a. Kalau Abdullah Ibn Rawahah memang pahlawan dan panglima perang, memimpin 3,000 Muslim melawan 200,000 tentera Rom pada perang Mu’tah.

“Harap pihak pengarah atau penerbit double check skrip para pelakon sebelum difilemkan,” nasihatnya.

Bagaimanapun, pihak Studio Kembara telah menghubungi beliau berkenaan isu nama Abdullah Ibn Mubarak.

Baca Artikel Penuh