Bagaimana OPR naik atau turun? Ini penjelasan BNM

Oleh MALAYSIADATELINE

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalam (OPR) pada mesyuarat dasar monetarinya yang pertama bagi 2023, langkah yang telah dijangkakan oleh kebanyakan ahli ekonomi dan firma penyelidikan. 

Bank pusat menamatkan mesyuarat selama dua hari yang bermula 18 Jan dengan memutuskan untuk mengekalkan OPR pada  2.75 peratus untuk membolehkan ia menilai kesan kumulatif pelarasan OPR yang lalu berikutan kesan lewat dasar monetari ke atas ekonomi. 

Dalam soalan lazim mengenai dasar yang dikongsinya selaras dengan pengumuman OPR hari ini, bank pusat berkata penting untuk melaksanakan dasar yang betul pada masa yang tepat. 

“Kami mula membuat pelarasan pada OPR secara beransur-ansur apabila ekonomi bertambah baik. Tindakan ini sama seperti doktor yang perlu menyesuaikan dos ubat mengikut keadaan pesakit.

“Jika kami mengekalkan OPR terlalu rendah untuk tempoh yang terlalu lama walaupun ekonomi semakin pulih, hal ini boleh menyebabkan perbelanjaan dan peminjaman yang terlalu banyak. Keadaan ini seterusnya menyebabkan harga meningkat,” katanya.

BNM mengurangkan OPR daripada 3.00 peratus kepada paras terendah yang pernah dicatatkan iaitu 1.75 peratus semasa krisis COVID-19 pada 2020

Baca Artikel Penuh