Bagi alasan marah sebab sayang, netizen tegur juri tak perlu menjerit

Oleh KIM SYAZIE

Tunjuk cara sayang atau niat mendidik tidak perlu disertakan dengan jeritan, netizen menganggap komen Mas Idayu kepada persembahan Sissy iman dan Naim Daniel sebagai berlebihan.

Selepas Sissy Iman mengumkan untuk membatalkan pelancaran album sulung, tular video temubual bersama Mas Idayu mengenai komen yang lantang.

Baginya itulah cara beliau menunjukkan rasa sayang buat pelajar dan peserta.

“Tak kisahlah pelajar ke peserta, kita tunjuk rasa kasih sayang dengan cara itu sebab itulah pelapis industri kita.

“Kalau Mas idayu dah acuh tak acuh komen maknanya mami dah tak ambil tahu,” katanya dalam temubual bersama radio Buletin FM.

Pengguna Twitter @aljufrisab menasihatkan penyanyi untuk terima kritikan tapi jika ia datang daripada juri tak bertauliah maka jangan ambil kisah.

“Pandangan saya pada yang ingin menjadi penyanyi, anda perlulah menerima kritikan dengan secara terbuka.

“Kalau kritikan datang daripada penyanyi veteran yang suam-suam kuku dan juri kroni yang tak bertauliah dan tak boleh betulkan nyanyian.

“Jangan ambil pot (kisah)! Konsert sendiri pun tak ada,” katanya.

Buat pengguna lain, @fairozee menasihatkan juri untuk tak terlanjur emosi semasa mengkritik, kalau rasa cara itu betul maka kenapa perlu perjelaskan isu tersebut lagi.

Malah ia turut dipersetujui @immaomarr yang menganggap tidak perlu jeritan dalam mendidik, cukup dengan ketegasan berikan idea buat peserta untuk baiki lagi prestasi mereka.

Baca juga: Mas Idayu dianggap beri komen ‘membunuh’, Sissy Iman batal lancar album sulung