Bagi saya jaga projek kecil, biar Sanusi uruskan projek bilion ringgit – Saifuddin Nasution

Oleh WAN SITI AMINAH

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi tumpuan sepenuhnya membangunkan ‘Greater Kedah’ selaku Menteri Besar negeri itu.

Sebaliknya, Saifuddin yang enggan ‘menganggu’ Sanusi itu akan menumpukan perhatiannya terhadap beberapa projek ‘kecil’ dilaksanakan kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat Kedah.

Respon bernada sinis tersebut diberikan Saifuddin bagi menjawab rungutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berhubung ketiadaan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, lapor Berita Harian.

“Saya nak bagi masa seluas-luasnya kepada Sanusi untuk bangunkan Greater Kedah. Dia nak tambak tanah di Langkawi. Saya nak bagi ruang dahulu dan kalau tidak ada satu pun mesyuarat atas nama majlis tindakan, saya percaya fokus Sanusi pada Greater Kedah.

“Saya tidak mahu ganggu dia. Biar dia bangunkan ‘airport‘ (Lapangan Terbang) Kulim. Lengkapkan dulu tambun tanah projek ‘reclaim‘ dekat Sungai Petani berjumlah RM40 bilion.

“Bagi saya jaga projek kecil. Biar dia jaga projek bilion-bilion,” kata Saifuddin yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memetik laporan Berita Harian.

Baca Artikel Penuh