Setelah beberapa bulan sepi dari kontroversi, nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kembali menjadi bualan ramai selepas penampilannya dalam video teaser lagu terbaharunya mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen.
Ini kerana dalam music video (MV) yang dimuat naik, memperlihatkan Aliff Syukri bersama lima lagi penarinya mengenakan baju Melayu ketat melekat yang jika dilihat serupa seperti sut renang.
Aliff juga memadankan baju Melayunya dengan samping dan songkok sekaligus mengundang kritikan ramai.
Gaya pemakaian Aliff dianggap telah merosakkan ciri-ciri tradisional baju Melayu itu sendiri.
Perkongsian pengguna Twitter iaitu Akeem yang memuat naik semula teaser MV tersebut mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata mempersoal tindakan usahawan itu yang gemar ‘buat hal’ pada bulan Ramadan.
“Kasihan zaman sekarang ni, masing-masing terdesak nak dapatkan duit sampai sanggup membodohkan diri dan biar diri dipergunakan orang sebegini,” luah pengguna Twitter.
“Apa bendalah Datuk ni, saja nak bagi netizen maki hamun. Tak boleh ke pakai baju Melayu tu dengan elok. Asal bulan puasa sahaja buat hal. Tak reti hormat bulan Ramadan ke?, soal yang lain.
Ada juga mengumpamakan pakaian Aliff bersama penarinya saling tidak tumpah seperti kostum power rangers.
Baca juga: Tak sempat mencari rezeki, peniaga redha balang air minuman dipenuhi air hujan