Menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah tentu ramai yang ‘stress’ fikirkan menu untuk berbuka puasa.
Apatah lagi bagi ibu yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja, perlu kelam kabut balik rumah untuk sambung berperang di dapur.
Sedar akan masalah yang dialami para insan yang bergelar ibu, wanita ini berkongsi tips bagi memudahkan proses penyediaan makanan.
Caranya mudah sahaja, iaitu dengan memasak pelbagai jenis lauk dan makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.
Membuat persediaan dengan lebih awal, tips ini bukan sahaja mampu menjimatkan waktu dan tenaga malah tidak menelan belanja yang banyak.
“Minggu pertama saya akan masak tiga hingga empat jenis lauk dan frozenkan. Sambung rutin itu sampai siap untuk lauk sebulan.
“Tapi untuk setiap jenis lauk saya akan masak untuk tiga bahagian. Bila buat macam ini rasa lega dan tak kalut nak masak,” kata Leia.
Menurut Leia, oleh kerana setiap lauk dimasak untuk tiga bahagian, lauk yang sama bakal muncul sebanyak tiga kali di bulan Ramadhan.
Katanya, dia hanya akan masak lauk berkenaan pada waktu yang terluang yakni di hujung minggu semasa bercuti.
Hanya panaskan lauk setiap hari selepas pulang kerja, para ibu tidak perlu lagi terburu-buru untuk menyiapkan makanan berbuka.
Baca juga: Tak sangka penduduk di tiga bandar ini diiktiraf paling bahagia di Malaysia