Balik kerja lambat, risau tak sempat nak masak bulan puasa ini – Ini tips mudah buat projek frozen

Oleh KIM SYAZIE

Menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah tentu ramai yang ‘stress’ fikirkan menu untuk berbuka puasa.

Apatah lagi bagi ibu yang bekerjaya, sudahlah penat bekerja, perlu kelam kabut balik rumah untuk sambung berperang di dapur.

Sedar akan masalah yang dialami para insan yang bergelar ibu, wanita ini berkongsi tips bagi memudahkan proses penyediaan makanan.

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan memasak pelbagai jenis lauk dan makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk beku.

Membuat persediaan dengan lebih awal, tips ini bukan sahaja mampu menjimatkan waktu dan tenaga malah tidak menelan belanja yang banyak.

“Minggu pertama saya akan masak tiga hingga empat jenis lauk dan frozenkan. Sambung rutin itu sampai siap untuk lauk sebulan.

Baca Artikel Penuh