Bangga jadi wanita Melayu pertama praga pakaian dalam, ramai terkejut tengok imej seksi Nia Atasha

Oleh KIM SYAZIE

Diangkat sebagai perempuan Melayu pertama menjadi ‘cover girl’ kempen terbaharu pakaian dalam jenama terkemuka, Nia Atasha menjadi bualan ramai sehingga dicemuh netizen.

Nia Atasha merupakan wanita Melayu pertama di Asia dipilih sebagai model untuk memperagakan pakaian dalam jenama Victoria’s Secret.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram miliknya, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu dengan terujanya mengumumkan tentang penglibatannya sebagai model jenama Victoria’s Secret.

Dia juga menunjukkan beberapa gambar suasana ketika berada di set penggambaran bagi video kempen untuk mempromosikan barangan keluaran terbaharu jenama Victoria’s Secret.

Pencapaian Nia sebagai wajah jenama antarabangsa itu malangnya tidak disenangi segelintir netizen yang menyifatkannya keterlaluan kerana hanya mengenakan bra dan seluar dalam.

“Jadi bahan bakar kat akhirat nanti,” komen seorang individu di Twitter.

“Personally aku tak setuju dengn apa yang dia buat. Kita semua tahu hukum. Kesian dekat mak bapa dia kongsi sahamnya. Tapi tak setuju bukan lesen untuk kita menerakakan sesiapa. Jangan buat kerja Allah. Kerja kita menasihatkan. Semoga dia insaf & bertaubat,” komen yang lain.

Untuk rekod, Nia pernah menjadi model untuk jenama besar lain antaranya Calvin Klein, Louis Vuitton, Dior dan banyak lagi.

Memetik video temu bual EH Malaysia!, Nia menyatakan bahawa menjadi wajah untuk Victoria Secret merupakan impiannya dan berasa bertuah dipilih.

Baca juga: Sengaja pilih pelanggan ‘kurang pandai’, barista dedah cara cari pembeli untuk ‘add-on’ bahan