Banglo mewah milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dilaporkan turun harga lagi selepas ianya sudah tiga kali diturunkan pihak bank.
Kali terakhir kediaman mega milik Nur Sajat itu dilelong adalah pada Julai tahun ini dengan harga RM4.21 juta.
Namun kini dilaporkan, banglo tersebut diturunkan sekali lagi buat kali keempat, menjadi RM3.79 juta.
Menurut laporan Gempak yang memetik hantaran seorang ejen hartanah, pengurangan itu disebabkan ketiadaan pembida sejak ia dilelong tiga tahun lalu.
“Harga jatuh lagi.
“Dulu beli RM7.5 juta. Sekarang rumah ini dilelong bank RM3.79 juta sahaja,” tulisnya
Menurutnya, banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai keluasan 11,093 kaki persegi, enam bilik dan tujuh bilik air.
Tarikh lelongan seterusnya pada Mac 2025.
Pada Oktober 2021, rumah Sajat dilelong pada harga RM9.5 juta, namun tiada pembeli.
Bank kemudian menawarkan harga baharu banglo mewahnya itu iaitu RM7 juta, sebelum diturunkan lagi kepada RM4.68 juta dan turun lagi kepada RM4.21 juta.
Baca juga: Tolak tawaran RM150k untuk jadi duta jenama pakaian terkenal, Zahnita nak fokus jual pai