Banglo Sajat bakal jatuh harga paling murah pada lelongan kali kelima nanti

Oleh KIM SYAZIE

Harga terkini banglo milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diturunkan lagi bagi kali kelima disebabkan masih gagal mendapatkan pembeli.

Banglo yang yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya yang berharga RM7.5 juta itu kini jatuh pada harga termurah iaitu sebanyak RM3.41 juta.

Rumah Sajat pada asalnya milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin yang kemudian dibeli Nur Sajat pada tahun 2017 pada harga RM7.5 juta.

Pada lelongan pertama, banglo mewah itu dijual pada harga RM5.2 juta.

Menurut ejen hartanah dikenali sebagai Ishaq Marazi, lelongan banglo berkenaan dengan harga terkini itu akan dilakukan pada 25 Ogos depan.

“Lelongan kelima! Rumah Nur Sajat untuk dilelong lagi. Lelongan pertama RM5.2 juta. Kali ini harga lagi murah iaitu RM3.411 juta, termurah setakat ini.

“Dulu selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ni RM9 juta lebih. Banglo dua tingkat di Selangor Polo & Country Club, Seksyen 10, Petaling Jaya,” katanya di media sosial.

Dua tahun lalu, banglo itu pernah dilelong Nur Sajat yang berhijrah ke Australia sejak Oktober 2021 pada harga RM9.5 juta, namun tiada pembeli.

Nur Sajat kemudian menawarkan harga baharu bagi banglo mewahnya iaitu RM7 juta, namun masih belum dibeli oleh mana-mana pihak.

Baca juga: “Adik dia yang habiskan duit, suami salahkan aku pula sampai nak ungkit dia beli pampers anak…”