Banjir besar: Marahkan menteri, nama “Mona Fendi” sohor di Twittter

Oleh ARIF ATAN

Gara-gara marahkan menteri dan ahli politik tertentu yang dilihat tidak peka dengan situasi banjir buruk melanda sebahagian Semenanjung, warganet dilihat ‘menyeru’ nama Mona Fandey.

Walau bagaimanapun, nama bomoh dan pembunuh yang pernah menggemparkan negara lebih dua dekad lalu dieja pengguna Twitter sebagai “Mona Fendi”.

Nama tersebut pada masa ini sohor dengan lebih 5,500 menyebut tentangnya dalam ciapan Twitter setakat 4.30 petang ini.

Tidak kurang juga dalam kalangan pengguna Twitter bertanyakan mengapa nama “Mona Fendi” tiba-tiba menjadi trending.

“Kita memerlukan Mona Fendi 2.0 untuk settle semua ahli parlimen yang tidak berguna itu,” ciap @acapsaimi.

Sementara itu Naz berkata, “Mona Fendi, tolong lakukan sesuatu” manakala Murty menulis, “Bayangkan betapa buruknya kerajaan anda apabila orang ramai menyebelahi Mona Fendi.”

Dalam masa sama, ada juga yang berpendapat sekalipun marah dengan ahli politik, nama individu itu tidak harus dipuja.

Reaksi warganet khususnya pengguna Twitter dengan mengaitkan nama Mona itu muncul susulan tindakan beberapa menteri yang tidak dapat diterima orang ramai.

LANJUT MENYUSUL