Ketika Umno semakin menguatkan desakannya agar Perdana Menteri membubarkan Parlimen segera bagi membolehkan pilihan raya umum ke 15 diadakan, puluhan keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Banjir mula berlaku di Ipoh, Jasin bahkan juga di Bangsar, Kuala Lumpur ekoran musim monson yang mula melanda negara.
Menurut Bernama, puluhan keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor, Ipoh, Perak dilanda banjir kilat malam tadi.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, banjir kilat turut melanda kawasan beliau di Bangsar semalam.
Banyak gerai-gerai jualan terpaksa ditutup ekoran banjir kilat itu.
Di Jasin, banjir turut berlaku di jalan menghala ke Stadium Mini Jasin, pekan Jasin dan juga Sekolah Rendah Ayer Barok.
