Kesilapan dalam aktiviti harian manusia adalah perkara biasa. Tetapi ianya menjadi luar biasa apabila melibatkan kesilapan transaksi duit dengan nilai yang sangat besar.
Itulah yang berlaku pada sebuah besar di Amerika Syarikat, Citigroup. Metro UK semalam melaporkan pegawai bank tersilap memindahkan wang RM360 trillion ke dalam akaun seorang pelanggannya secara tidak sengaja.
Ironinya, jumlah yang sepatutnya dipindahkan hanyalah sebanyak RM1,250 sahaja.
Mengikut laporan, dua pegawainya secara tidak sengaja meluluskan jumlah itu sebelum ia disahkan untuk pemindahan pada hari berikutnya.
Namun perkara itu dapat dikesan secara pantas oleh pegawai lain selepas melihat baki keseluruhan pada paparan skrin gergasi Wall Street.
“Transaksi sebesar ini seharusnya tidak boleh dilaksanakan,” kata jurucakap Citigroup.
baca: bank