Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendesak rakyat menolak rasuah, kapitalis dan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dalam ucapannya di Dataran Merdeka tengari tadi ketika menyertai perhimpunan aman Bantah TPPA yang diadakan hari ini.
Bantah TPPA hari ini berlansung aman sejak awal tengahari tadi apabila menyatukan kumpulan protes yang mula berhimpun di Dataran Merdeka sebelum bergerak ke Padang Merbok petang ini.
Antara kumpulan protes yang turut kelihatan sama menyertai bantahan TPP ini dikalangan NGO seperti Isma, PSM, Gamis, Perkasa, GKCM selain disertai Pas,Amanah dan PKR.
Presiden Amanah,Mohamad Sabu ketika berada di Dataran Merdeka sempat menyampaikan ucapan dengan mengesa orang ramai menolak rasuah, kapitalis dan TPPA.
Beliau berkata ekonomi Malaysia sudahpun dimonopoli oleh kapitalis tempatan.
Dengan TPPA, katanya, ia hanya akan memberi laluan kepada kapitalis Amerika untuk menepukan ekonomi Malaysia.
Malah, katanya, perniagaan kecil di Amerika pun membantah TPPA kerana mereka juga tahu bahawa mereka akan menderita jika ia dilaksanakan.
Justeru beliau mendesak kerajaan Barisan Nasional wajib dijatuhkan dalam PRU-14.
“Kita mahu rayat lebih kuat menentang penindasan. Rakyat sudah lama menderita dengan kenaikan harga barang yang semakin parah,” ujarnya.
Sementara itu, NGO hak asasi manusia Suaram menempatkan lapan pegawainya dan 10 pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk memantau protes hari ini.
Dijangkakan sehingga petang ini Padang Merbok akan dibanjiri lebih daripada 2,500 orang yang menunjukkaan protes terhadap kerajaan kerana mahu melaksanakan TPPA di negara ini.
Demonstrasi Bantah TPPA yang berarak dari Masjid Negara, Masjid Jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka berakhir di Padang Merbok jam 4 petang tadi.
Bantah TPPA ini dianjurkan Positive Malaysian Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Kongres Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).