Bantuan Smart Selangor Food Stamp bermula 17 Jun serentak di Dun Selangor

Oleh MALAYSIADATELINE

Daroyah Alwi Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin dan peka dengan kebajikan rakyat Selangora Program Bantuan Makanan Asas ‘SMART SELANGOR FOOD STAMP’ bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan masyarakat yang berpendapatan rendah dan miskin akan disalurkan bermula 17 Jun ini di 56 Dewan Undangan Negeri (Dun0 Selangor.

Dr Dorayah Alwi Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor berkata, kerajaan negeri telah menetapkan hari Jumaat minggu ketiga setiap bulan merupakan hari penyerahan bantuan makanan asas yang dinamakanSmart Selangor Food Stamp.

“Pada 17 Jun ini merupakan hari penyerahan pertamanya serentak di 56 Dun Selangor.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setiap Dun untuk mengenalpasti dan mendapatkan senarai nama mereka-mereka yang benar-benar layak selain menetapkan lokasi agihan bantuan tersebut.” ujarnya dalam satu kenyataan.

Program ini adalah hasil cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dibentangkan dalam Belanjawan 2016 pada sidang Dun Selangor November tahun lalu ini.

Telah dikenalpasti seramai 5,600 keluarga termiskin di Selangor akan menerima manfaatnya. Ini bermakna, seramai 100 orang akan menerima bantuan ini daripada setiap 56 Dun yang ada di Selangor ini.

“Bagi menjayakan program ini, Kerajaan Selangor telah memperuntukkan sejumlah dana sebanyak RM3juta bagi dikongsi bersama-sama dengan penerima yang layak.

“Penerima bakal menerima bantuan berupa barangan keperluan asas seperti beras 10 kilo, minyak masak, gula, tepong dan lain-lain.” terangnya.

Penerima yang layak, perlu memenuhi kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi. Selain lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (perlu pengesahan Adun / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman) dan berpendapatan isi rumah RM1,500.00 ke bawah sebulan, ia terbuka kepada semua kaum dan merupakan pemilih berdaftar di Dun berkenaan.