Banyak pengarah cuba ‘lamar’, Cik B dedah bodyguard pemalu, tak mungkin jadi pelakon

Oleh MAISARAH AISYA

Baru sahaja terpapar seketika di media sosial, pengawal peribadi kepada anak usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida menjadi perhatian ramai dek kerana wajah yang tampan.

Lelaki yang dikenali sebagai Faris itu mula menjadi perhatian selepas muncul dalam klip pendek menerusi media sosial pempengaruh Cik B.

Bagaimanapun Cik B yakin bahawa Faris yang mempunyai sifat pemalu itu tidak akan masuk dalam industri seni.

“Sudah ramai pengarah cuba lamar dia. Ramai datang jumpa saya minta nombor telefonnya. Dia tak nak jadi pelakon.

“Selama dia bekerja dengan saya, kerja dia bagus. Walaupun tampan, dia introvert.

“Sebab itu saya tak risau kalau ada yang nak dia jadi pelakon sebab yakin dia tak akan mahu jadi pelakon. Dia sangat pemalu,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Menurut Cik B, ibunya memilih Faris dek kerana rupanya dan mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri.

“Mak saya ramai staf, tapi dalam ramai-ramai itu, mak saya perasan dia ada rupa dan berlatar belakang seni mempertahankan diri.

“Dia pun selalu masuk pertandingan, jadi mak pilih dia untuk jadi bodyguard saya.

“Sejak dia ikut saya ke mana-mana, muka dia mula dikenali. Tapi dia sendiri pun tak minat nak jadi selebriti. Popular tanpa sengaja,” kongsinya.

Baca juga: Nilam Ortiz beri nasihat kahwin ikut proses Islam, akui berada di ambang perpisahan?