Banyak rambut dalam makanan, lelaki takut termakan burger ‘santau’

Oleh KIM SYAZIE

Burger tepi jalan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk dinikmati, tiada mana-mana restoran segera mampu menandingi kesedapan gerai tepi jalan.

Namun faktor kebersihan seringkali diambil ringan terutamanya peniaga, tidak kira makanan sedap atau tidak yang penting adalah bersih.

Seorang pengguna terkejut apabila menjumpai ‘perisa tambahan ketika makan burger, ada beberapa helai rambut yang dimakannya.

Ketika mahu menyalahkan diri sendiri, dia sendiri melihat rambut di dalam burger tersebut lebih panjang jika nak dibandingkan dengan rambutnya sendiri.

Menerusi akaun TikTok @chicowe1, dia sempat berseloroh bahawa pemilik gerai memberikan perisa tambahan dengan rambut-rambut tersebut.

“Wah dia bagi free rambut, dia belanja rambut isteri dia.

Tak apa, anggap macam tak nampak,” katanya pada masa mengakui tidak tahu jika dia sebenarnya ada tertelan rambut atau tidak semasa makan.

Ingatkan hanya sehelai rupa-rupanya empat helai rambut ditemui semasa makan sehingga menyebabkan lelaki tersebut berfikir dia makan burger yang dijampi.

Walaupun jumpa rambut, warganet tergelak melihat burger tersebut habis dimakan oleh pemilik video.

“Kalau aku tak sanggup makan dah,” komen Diyanah.

“Tak, dia boleh makan sampai habis pula tu,” komen Chencheninie.

Seharusnya gerai perlu menjaga kebersihan, malah ada cara yang betul untuk mengendalikan makanan bukannya hanya tahu buka kedai tapi bab bersih kosong.

Baca juga: Tersalah parkir kereta, wanita bangun tidur terkejut lihat orang sembahyang Jumaat di tempat letak kenderaan