Masih ada yang mahu menggunakan ‘populariti’ sebagai bayaran untuk makan percuma di sesetengah restoran.
Namun taktik tersebut sudah basi jika restoran tersebut sudah berjaya tanpa sebarang promosi.
Baik selebriti atau pempengaruh, seharusnya pandai membezakan dan tidak mengemis makanan dengan menggunakan alasan ada pengikut sosial media yang banyak
Menurut Manchester Evening News, seorang pempengaruh media sosial mengamuk selepas dia tidak dibenarkan makan secara percuma di sebuah restoran makanan Jepun.
Pada mulanya restoran Lucky Ramen and Sushi di Jalan Blossom, Manchester berkongsi satu tangkap layar mesej pempengaruh tersebut.
Wanita tersebut dilihat meminta restoran tersebut menyediakan makanan percuma buat dia dan teman lelakinya dan akan mempromosi tempat tersebut sebagai bayaran.
Bagaimanapun respon restoran tersebut adalah dengan meminta semua pelanggan untuk membuat pembayaran menggunakan wang dan bukan hantaran di media sosial.
“Satu lagi DM (mesej secara terus) mendebarkan daripada ‘superstar’ yang meminta makanan percuma sebagai pertukaran untuk siaran Instagram.
“Kami gembira kerana anda menghargai makanan kami. Namun, kami lebih menghargai pelanggan yang membuat bayaran,” kata restoran tersebut.
Lepas melihat kecaman di media sosial, wanita tersebut menghantar satu lagi DM menunjukkan kesombongan mereka kononnya dia selalu makan percuma.

Pada masa sama restoran tersebut sememangnya sudah mempunyai pelanggan tersendiri malah ada pengikut mendedahkan ramai yang terpaksa beratur untuk makan di situ.
“Maaf, restoran itu menerima tempahan penuh. Mereka tidak memerlukan liputan anda. Kami semua beratur untuk mendapatkan meja.
“Mesti jenis ‘influencer’ yang tak berduit ni jika mengemis makanan percuma,” antara komen pengguna media sosial.
Baca juga: Sehari di Malaysia hampir mati kelaparan, pelancong China tak lalu tengok makanan tempatan